Tuesday, April 6, 2010

Karya pelajar cemerlang di pamerkan

KUALA LUMPUR, 6 Apr (Bernama) -- Sebanyak 50 hasil karya pelajar seluruh negara yang mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan dipamerkan sempena Pameran Hasil Karya Seni Visual bertema "Seni Visual Membantu Kreativiti Dan Inovasi" sepanjang April ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini pelbagai karya yang terdiri daripada batik, tenun, arca tembikar catan dan reka bentuk akan dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Program itu, anjuran bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan UPSI, bertujuan mempamerkan hasil karya terpilih yang mempunyai nilai tertinggi daripada segi bahan, teknik dan proses penghasilan.

Program itu juga memberi pendedahan kepada calon STPM untuk memelihara dan menilai karya yang dihasilkan selain memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan hasil karya pelajar dari seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak urusetia melalui talian 03-6136 9663 sambungan 2614/2608/2702 atau 05-450 6702/012-931 0431.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment